Harga Premium Beautiful

PROMOSI 2012 Bakal Berakhir!
Harga Istimewa Korset Premium Beautiful tinggal
7 hari sahaja lagi. Jimat RM*** dari harga pembelian yang biasa. Rugi sangat kalau tak beli sekarang.

premium-beautiful-corset-before-after
Lepas ni dah tak ada lagi dah promo macam ni.

* Boleh bayar ansuran, klik button oren kat tepi.
*Lifetime Warranty. Beli satu skarang, pakai sampai bila-bila

Premium Beautiful Set

Harga Set Kecil (Small)

Harga Set Besar (Large)

RM2,399 (Normal price)
*Contact me for special promo price
RM2,599 (Normal price)
*Contact me for special promo price

Kalau anda berminat nak tau harga
SPECIAL Premium Beautiful
yang akan saya tawarkan,
boleh SMS saya: 012-230 7430.
Atau klik button oren kat sebelah kiri. :)

 

Premium Beautiful Slimming Corset

You know you gotta do something about yourself,
when you can do….THIS!

By doing something, is to…

  1. Eat healthily. Reduce carbs especially at night. Take less sugar.
  2. Exercise regularly. A very healthy, lean and energetic 50 years old woman once told me her Secret of Eternal Youth is religiously walking on her threadmill or bicycle for at least 30 minutes everyday.
  3. Take Lacto-lite! Yes peeps. My beloved mentor, Kak Ana secret to losing more than 30kgs in such a short time is none other than Lacto-lite. 2 packets a day keeps the pound away. (Call me to order!)
  4. Wear Premium Beautiful. Not just this corset can improve your health (eliminate migraine, period pain, masalah keputihan, reduce back pain, buang angin dalam badan etc) it can also maintain your body weight after you have loss all the excess baggage.
  5. Press the Yellow button on the left. And drop me your contact details. And wait for a very nice guy to call you… ;) And if you cant wait, contact me at as per below.

012-230 7430…
or email me at
alfath80@gmail.com

Victoria’s Secret & Premium Beautiful

"Victoria Secret Premium Beautiful"

Semua (Victoria’s Secret) ni I nak bagi FREE,
to all my beloved blog reader,
if you all beli set Premium Beautiful Corset.

Semua skali ada 7 items, so siapa cepat dia dapat.
Dan siapa cepat I akan bagi dia
pilih which item yang dia nak.

So, hurry up! Book your set Premium Beautiful,
dapat FREE GIFT Victoria Secret.
(Kata kunci: ‘Secret’)

7 KELEBIHAN PREMIUM BEAUTIFUL:

  1. Premium Beautiful merupakan perintis / pioneer kepada pakaian dalam yang mempunyai teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R.). Premium Beautiful juga sudah berada di pasaran Malaysia more than 15 years.
  2. Superbrands, iaitu Premium Beautiful merupakan pakaian dalam yang paling laris dan terhangat di pasaran kerana Premium Beautiful sangat berkualiti dan tahan lama.
  3. Mendapat pengiktirafan Persatuan Tulang Belakang Amerika Syarikat dan Canada.
  4. One stop centre – Premium beautiful memiliki segala-galanya. Dicipta dengan berkonsepkan 70% kesihatan + 30% kecantikan = 100% keyakinan. Kesihatan badan akan lebih terjamin, Insya Allah, di samping dapat memecahkan lemak. Premium Beautiful juga dicipta dengan berkonsepkan mesra pengguna, oleh itu, si pemakai akan merasa selamat dengan pemakaian Premium Beautiful.
  5. Teknologi datang dari 3 buah negara maju:
    a) Amerika Syarikat – Jahitan stereoscopic iaitu jahitan yang tahan regangan. So, that’s why Premium Beautiful nie pakai berapa lamer pon takkan regang.
    b) Germany – Fabrik aquatech dan aquadyne, iaitu fabrik di mana ia mampu seimbangkan suhu badan dan tidak meresap peluh. Oleh itu, pemakaian Premium Beautiful untuk jangka masa selama 8 jam sehari tidak akan mengeluarkan sebarang bau.
    c) Japan – Teknologi F.I.R.
  6. Mampu dimiliki oleh semua orang.
  7. Jaminan seumur hidup. So, sebarang kerosakan akan direpair secara Free Of Charge.

Premium Beautiful Before and After

Click button Orange kat kiri ni,
atau contact
012-2307430 / alfath80@gmail.com

Beginning with the end in mind…

And in the end what really matters is are we gonna get…

  1. Husnul Khatimah vs Suul Khatimah
  2. Kubur sebahagian dari Taman Syurga vs Kawah Neraka
  3. Di padang Mahsyar mendapat lindungan syafaat Nabi vs matahari sejengkal di atas kepala
  4. Menerima buku amalan dengan tangan Kanan vs tangan kiri/dari belakang
  5. Meniti titian Sirat sepantas kilat vs tergelincir jatuh gaung Api Neraka
Semoga kita sentiasa membuat pilihan yang tepat (diredhai Allah SWT) dalam setiap tindakan kita. Wallahu’alam.

Stolen iPad 2 with Engraving Forever Love Salha, Amin & Irfan

Stolen iPad 2 with Engraving Forever Love Salha, Amin & Irfan

Personalised iPad 2 with Wi-Fi + 3G 32GB – Black
Part Number: PC774ZP/A
Engraving:
Forever Love
Salha, Amin & Irfan

WHOEVER BOUGHT THIS IPAD, PLEASE TAKE PHOTO OF THE SELLER! YOU WILL BE REWARDED WITH ANOTHER IPAD2!

Kuala Lumpur, Malaysia on AllPosters.com

I was searching for some inspiration to do a poster for my office job. Type in keyword ‘poster’ on Google. Wallah… So happy to find this website! It’s not the kind of poster that I’m looking for, but nevertheless so eye catching for a photographer like me. Furthermore the locations are all here in KL. Beautifully captured! Imagine having these large prints in the living hall. Priceless!

Enjoy!


All images are copyright of AllPosters.com

Source: http://www.allposters.com/-st/Malaysia-Posters_c11020_.htm

Hai Fatimah

Suka nak berkongi pesanan Baginda SAW terhadap puterinya Fatimah, tatkala Fatimah menemuinya sambil menangis akibat kepenatan menggiling tepung dan membuat kerja2 rumah..

+++++++++++++++++++++++++++++++

“Kalau Allah menghendaki wahai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu.

Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.

Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat.

Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.

Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi sebahagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan sebahagian dari kebencian Allah.

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapukan. Apabila sampai rasa sakit bersalin, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan bayi,dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan untuknya hingga kiamat.

Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahalaorang yang mengerjakan haji dan umrah.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.

Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, “Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang”

Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirot”

(Source:http://mysuperkids.net/makna-redha-dan-waktu-rehat-seorang-ibu/)

Ciri-ciri Isteri Solehah

SOALAN:

KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, “syurga di bawah tapak kaki ibu”. Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

JAWAPAN:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

  1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
  2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
  3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
  4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
  5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
  6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
  7. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

  1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
  2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
  3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
    Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)”.
  4. Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya”. (riwayat Ahmad 6/456)
  5. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
  6. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
  7. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
  8. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Sekadar apa yang dipelajari daripada Ustazah Pendidikan Syariah sewaktu form 5 dan mengambil Nota Dari Istana,

Wallahualam…

(Source:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14345.0)